Thursday, August 20, 2009

Program transisi kerja

Pendidikan Khas sekolah menengah ni adalah satu program kesenambungan aktiviti pembentukan sahsiah, akademik serta kemahiran murid-murid pendidikan khas dari sekolah rendah. Walaupun orang cakap "beruntung budak2 pendidikan khas ni takde berusaha keras belajar untuk ambik peksa 'besar'." Zahirnya memang betul murid2 yg bermasalah pembelajaran ni kebanyakkan tak mampu nak ambik periksa tp hakikatnya mereka ini bakal takde sijil kementerian apabila habis sekolah kelak..agak2nya pekerjaan apa yang sesuai dengan keupayaan mereka?
Oleh yang demikian adalah tugas guru pendidikan khas untuk mengenalpasti potensi dan bakat yang boleh diketengahkan agar mampu berdikari kelak. Besar sebenarnya cabaran tersebut kerana setiap individu adalah berbeza. Mungkin ada guru yang terlepas pandang atau mengabaikan tugas ini.


program baik

Thursday, April 30, 2009

Projek Bela Ikan

Macam tak caya jek..nak bela ikan untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P)..PROJEK IKAN KELI..bunyi mcm main-main tp takde tipu-tipu punye..
Sebenarnya idea tercetus daripada majalah tiga setiap sabtu tue..ader akak tue bela ikan keli organik..pehhh cukup mudah (semudah ABC)..takde bagi makan sampai tempoh matang..
Gler saper x mau buat kalu xyah bg makan alih2 terus tuai hasil..kira mcm hidroponik ler..dipendekkan cerita satu hari tue aderlah borak2 ngan pengetua sekolah..terceritalah pasal keli organik nie..selang beberapa minggu pengetua suruh buat projek ikan keli...ahaaaaaa tak tau ler nak kata..gatal2 citer dah kena buat...huhuhuhuhuhu

Tuesday, April 21, 2009

Jual-jual

Nabi Muhammad pernah mengatakan bahawa 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Memandangkan anak2 didik aku nie blum pernah berniaga so dengan rasa teruja dan confident nye aku bagi idea untuk diaorang berniaga semasa Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSJ. Memula aku sendiri pun kurang confident almaklum ler dulu belajar niaga x kuar modal. Takut tak dpt modal yang menambahkan ketak'confident'an aku huhuhuhuhu. Setelah pikir pro ngan kontra dia so aku ambik risiko dan nekad untung ker rugi belakang kira janji pengalaman untuk diaorang tue ader untuk pengalaman dan masa depan


Berikut adalah senarai makanan dan minuman yang kitaorang jual
  1. Roti sosej RM1.50
  2. Kerepek RM0.50
  3. Dadih RM1.00
  4. Air Botal RM1.00
  5. Air Tin RM1.50
  6. Air Kotak RM1.00
  7. Ais Krim RM0.20 (kureng jalan terpaksalah turun harga RM0.10 huhuhuhu)
Modal untuk menjalankan aktiviti urus niaga adalah RM212.00
Setelah bertungkus lumus selama 2 hari setengah jumlah jualan mencapaiiiiiiiiiiii
RM220.00
Yessssssssssss dapat balik modal walaupun untung kecik 8 hinggit jek ngehngehngeh. Ehhh oklah tue daripada rugi hehehehehehe
So untuk merayakan kejayaan dan menghargai usaha diaorg aku bawak diaorg makan2 kat Teluk Sengat (rojak ngan ABC kat sini best giler..weekend tak sempat pkl 3 ptg dah habis)

Gambar lepas makan2 kat Teluk sengat

Friday, April 3, 2009

Video Pendidikan Khas SMAT




Nie video klip yang sempat aku tenyeh2 untuk program kolaborasi bersama ibu bapa pelajar pendidikan khas-RPI (buat yang simple2 jek)..simple2 pun 2 malam x tido lena huhuhuhuhu..anyway alhamdulillah semua berjalan lancar. Budak2 pun ok jek (suka tengok gambar sendiri walaupun dah tayang 4-5 kali)
So
saksikan and enjoy!


Tuesday, March 31, 2009